Sejarah ditulis oleh mereka yang menang?
"Sejarah ditulis oleh mereka yang menang." Kita tidak tahu bila kenyataan ini dilahirkan, ataupun orang pertama yang menyatakannya. Mungkin Napoleon, atau Winston Churchill. Dan kenyataan ini digunakan oleh beberapa golongan, seperti anti-nasionalis, post-modernis dan parti politik untuk menolak penceritaan sejarah yang dianggap "rasmi", kerana dikatakan sejarah yang benar tu telah dikawal, dimanipulasi, bukti disembunyikan dan ditolak oleh golongan berkuasa ala Big Brother yang mempunyai hegemoni ke atas penceritaan sejarah.
Namun terdapat beberapa masalah dalam kenyataan ini, yang tidak akan diterima oleh mana-mana sejarahwan atau pelajar sejarah yang serius dengan kerjanya. Diharap persoalan ini akan terjawab.
1. Adakah kenyataan ini benar? Jika ya, mengapa? Atau lebih penting, jika ya, so what? Bagaimana ini membuktikan sejarah itu palsu, atau tidak benar? Adakah status menang itu menyebabkan sejarah yang diberi itu perlu ditolak secara terus? Mengapa? Apakah justifikasi untuk melakukan perkara ini?
2. Dengan kenyataan ini, adakah ini bermakna semua sejarah yang dipelajari merupakan hanya propaganda busuk kerajaan yang ingin mengawal sejarah lalu menghasilkan bias, dan kita sejarahwan harus 'mensucikan' dan 'memurnikan' sejarah?
3. Sekiranya kenyataan 2 diterima, adakah ini bermakna sejarahwan sudah mempunyai pandangan bias sendiri apabila mengambil keputusan untuk melawan sejarah "rasmi"? Jika ini berlaku, bukankah ini bermakna sejarahwan yang 'suci' dan 'murni' ini juga tunduk kepada bias dan tulisannya juga tidak boleh dipercayai seperti mana tulisan sejarah "rasmi"?
4. Sekiranya diakui sejarah itu berdasarkan perspektif semata-mata (kerana sejarah itu subjektif dan hanya bergantung kepada pihak yang 'menang'), maka adakah ini bermakna sejarah itu sendiri hanyalah permainan bahasa dan falsafah, kerana tidak lagi mementingkan eviden, sebaliknya pentafsiran ke atas eviden, atau lebih menakutkan, pentafsiran tanpa mempedulikan eviden?
5.Sekiranya kenyataan 4 merupakan kenyataan yang benar, adakah ini bermakna sejarah itu tidak benar, tidak boleh dibezakan daripada fiksyen?
6. Apakah definisi 'menang' seperti yang disebut di atas? Siapakah yang menang? Apakah penentuan sebuah pihak itu menang? Kemenangan di medan perang? Kemenangan dalam perjuangan politik? Kemenangan apabila pandangan yang dikemukakan diterima ramai dan menjadi sejarah 'rasmi', lalu menjadi sejarah pemenang?
7. Sekiranya kenyataan terakhir dalam 6 benar, iaitu pandangan yang menang itu ialah pandangan yang diterima ramai, apakah gunanya mempersoalkan kenyataan 'sejarah ditulis oleh mereka yang 'menang' seolah-olah pemenang itu bias dan jahat? Kerana penentangan kepada golongan 'menang' dilakukan dengan menulis sejarah 'alternatif' yang diharap akan diterima ramai dan menolak sejarah 'rasmi'.
8. Namun, apabila ini berlaku, iaitu sejarah alternatif diterima ramai dan menjatuhkan sejarah rasmi, kesan logiknya ialah sejarah alternatif akan menjadi sejarah rasmi, iaitu sejarah pemenang. Inilah bentuknya:
Sejarah rasmi--->ditulis oleh pemenang--->bias dan tidak suci--->ingin mensucikan sejarah--->perkenalkan sejarah alternatif--->diterima ramai--->menjadi sejarah rasmi--->ditulis oleh pemenang--->sejarah itu bias dan tidak suci--->ulang.
9. Historiografi sejarah sendiri membuktikan kenyataan ini sebagai salah. Sekiranya hanya pemenang perang yang menulis sejarah, maka tidak akan wujud 'The Peloponnesian War' karya Thucydides yang ditulis dari perspektif Athens yang KALAH dalam perang dengan Sparta. Sekiranya hanya pemenang politik yang menulis sejarah, maka AS akan dilihat sebagai kuasa yang murni yang menjatuhkan kuasa Axis yang jahat selepas kemenangan Perang Dunia Kedua, dan sejarahwan akan dikawal oleh kerajaan untuk tidak mendedahkan kesalahan kerajaan AS semasa tempoh perang, seperti penahanan warga Amerika berbangsa Jepun dalam kem penahanan di Manzanar dan sebagainya kerana bersikap perkauman.
10. Sejarahwan, tak kira apa pun pandangan politik, agama, ideologi, atau latar belakangnya, apabila menyiasat sejarah, harus tunduk kepada bukti (superiority of evidence). Kita bukan peguam atau ahli sosiologi yang memanipulasi bukti untuk disesuaikan kepada teori atau rangka yang sedia ada. Kita ialah sejarahwan. Teori kita dibentuk SELEPAS semua eviden yang sedia ada dikaji dan dilihat.
Huh. Deep, dude.
ReplyDeleteWhatchu tink of the move to make sejarah compulsory pass for SPM? I don't think it's a bad idea, but passing the subject doesn't necessarily means appreciation of the nation or history. It just means that you are a super photocopier.
I do think, however, they should revamp the history curricula. It is uninteresting and drops out a lot on important stuff. Nor are the students taught to analyse the events for real-life application (unless you got a super plastic fantastic awesome history teacher).
So we are back to square one.
Really? I have a problem with students memorising historical facts. Might cause them to memorise facts, get an A, then forget everything when they enter university (recalls crazy radical student 'Our history books are propaganda material. It's a Book of Lies! Vote Pakatan!')
ReplyDeleteHistory is like science or Literature. It's meant to be enjoyed. So it shouldn't be forced on students who do not enjoy it, even though a modicum of exposure to these subjects are necessary. Making it a must pass is just going to turn them off, much like when they try to shove Shakespeare (who writes so people could enjoy his works) down students' throats, turning them for him.
Yeah, I think they need a revamp of history textbooks. Get people to talk about different views on an issue (with evidence provided, of course), and get students to discuss. Get the teachers to defend the books or their on position.
We have students that are more exposed to savvy alternative history amateurs, such Farish Noor books and watch Fahmi Reza's documentary. Even though I may not agree with their views, I have to answer why I don't agree with them. I don't want to be the teacher that shuts students down when they raise tough questions based on what they read outside of the prepared texts.
And it should be in colour, or the creation of a graphic novel market for historical topics. That would attract students to history.
I took history because I enjoy history. Much like people who take English Lit because they love that subject. Forcing them to pass the subject makes them hate the subject...I still hate maths until today =P
I don't want to be the teacher that shuts students down when they raise tough questions based on what they read outside of the prepared texts.
ReplyDeleteYou go, Fikri! And that would make you an awesome teacher. However, in an exam-oriented system, the students are more interested in learning how to give model answer instead of having an appreciation of the knowledge gain, much less bother to retain it for their own pleasure.
I remember asking my sejarah dunia teacher something about comparison between the Sumerians and Egyptian and she shut me down saying that it isn't going to be in the exam. I was just O___o.